Monday, March 17, 2014

NIGELLA

NiGella
Minuman Semulajadi Ajaib


Apa itu Habbatus Sauda (Nigella sativa)?


Al-Habbatus Sauda ialah tumbuhan rumput kecil yang mempunyai batang yang tingginya lebih kurang 2 jengkal. Daun-daunnya kecil serta halus. Bunganya berwarna biru manakala buahnya berbungkus yang mana di dalamnya terdapat biji hitam yang boleh dijadikan ubat dan penawar.

Ianya tumbuh di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun terutama di negara Arab seperti Mesir, Sudan, Yaman, Syria dan India. Di dalam bahasa latin ianya disebut sebagai Nigella sativa. Daripada kajian di beberapa negara didapati memang benar keistimewaan bijirin ini berdasarkan sebuah Hadis Sahih yang terdapat di dalam kitab tulisan Ibnu Qayyim yang mana bijirin ini ada disebut di dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim, riwayat Abu Salimah daripada Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda (Bijirin Hitam) kerana ianya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali AS-SAM iaitu MAUT"

Dan sesungguhnya sejarah telah mencatatkannya sebagai makanan kesihatan tambahan dan untuk mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit. Pengetahuan dan penggunaannya telah diketahui lebih daripada 5000 tahun dahulu.

Daripada kajian didapati tidak kurang daripada 50 penyakit boleh diubati dengan bijian ini dan tidak kurang daripada 25 jenis penyakit yang boleh disingkirkan melalui pembungan air besar, air kecil, ruam, peluh, kahak, dan tahi mata. Ibnu Sina (Avicenna 371-14-428H) di dalam buku "The Canon of Medicine" menyatakan habbatus sauda membekalkan tenaga dan membantu menghilang kepenatan.

Berdasarkan Kajian Saintifik.
Banyak kajian dilakukan terhadap bijirin ini, antaranya dilakukan oleh :
Dr. Rabi al-Zawahiri, pakar perubatan di Universiti 'Ain Syarus.
Dr. Al-Dakhakhiniy dan Dr. Mahfuzh, pakar perubatan di Universiti Iskandariah.
Dr. Ahmad Elkadi, pakar bedah jantung di Amerika Syarikat.
Dan ternyata sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.n14 abad yang lalu tidak boleh dipertikaikan lagi. Banyak penyakit dapat disembuhkan dengan bijirin ini.

Khasiat Al-Habbatus Sauda.

Al-Habbatus Sauda adalah sejenis antibiotik semulajadi yang tidak ada kesan sampingan.
NiGella boleh diamalkan sebagai penawar & bertujuan mengubat di mana ianya sesuai bagi apa sahaja penyakit sejajar sebagaimana sabda Nabi yang dinyatakan di atas.

Di Antara Keistimewaan Lain :


  1. Membekalkan vitamin serta zat-zat mineral yang diperlukan badan.
  2. Mengurangkan kolesterol serta menstabilkan kadar lemak di dalam badan.
  3. Mengandungi fosfat, ion & karbohidrat yang mampu membunuh kuman dan baik untuk aktiviti anti kanser manakala penggunaan berterusan boleh mencegah dari serangan penyakit.
  4. Mempunyai daya pengesan untuk mengeluarkan larutan air seperti asid urik, deposit garam galian dan keracunan larutan organik dan volatil.

Cara Guna :

Minum 5-6 titik, 2 atau 3 kali sehari dan boleh disapu di tempat yang diperlukan.
Bagi penyakit lelah, campurkan lebih kurang 5-8 titik NiGella dengan sesudu Amazing dengan Sedikit air suam dan campurkan Oxi-Pi, minum 2 atau 3 kali sehari.

Berdasarkan kajian moden di Universiti Iskandariah (Mesir), 78% pesakit lelah sembuh setelah menggunakan bijirin ini.

No comments:

Post a Comment