Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selepas madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun,
menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US
sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum
kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali
setiap minggu.
Mari kita lihat kebaikan kopi :-
Mari kita lihat kebaikan kopi :-
1-Kandungan kafein dalam kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan
menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama
kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf
otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab
itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh
kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah
mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg,
berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga
dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana,
kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak
(vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang
merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi,
tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika
bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan
membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah
menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali
selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein
membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas!
Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.
2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang
bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti
Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat
meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu
diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi
bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara
terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal
Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan
hasil kajian saintis tersebut.
3-Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi
perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa
antioksida sangat baik untuk kesihatan.
Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan
pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan
diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan
Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi
seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh
beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain
fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan
seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio,
Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan
mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia
terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan
sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi
setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk
memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat
kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain
menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa
penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita
mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New
Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap
melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian
dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100
mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.
Pakat mai cuba
ramai-ramai Kopi ni.
Beli 2 pack Cafe Cinta Halal dengan harga RM 59.90 FREE
Postage!
No comments:
Post a Comment